Wednesday, November 2, 2011

4 Sekapur sirih.. =P

Selamat datang ke blog "Aina Rahman". Kalau ada yang perasan, sy ada satu blog personal dan ini merupakan blog "make over"..hehe. Menceritakan macamana sy tergerak hati untuk menceburi bidang solekan ni? Actually, minat ni tertanam sejak study di universiti lagi. Masa tu pergi class pun dah start tenyeh² muka dengan compact powder, mascara, eyeliner, lipgloss. Dah namanya student kan..light² je udah la, kalau make up beriya kang tak pasal² kena bahan dengan kawan²..hehe.

Bila dah kerja, minat tu makin bercambah dan saya aplikasikannya untuk ketempat kerja dan outing. Sampai la kira² sebulan yang lepas, pada tarikh 25.09.11 saya mengikuti kelas solekan pengantin yang dianjurkan oleh Tya Adnan yang bertempat di Wangsa Maju. Tya Adnan merupakan kawan lama di alam maya..tak pernah berjumpa pun dan agak lama lost contact tau² beliau dah pun jadi MUA (make up artist) yang berjaya. Apa yang lebih menyuntik semangat saya adalah apabila mengetahui beberapa orang rakan lama turut menceburi bidang ni.

Jadi, tanpa berlengah masa..saya mengikuti "Bridal make up class" dan pada minggu berikutnya saya mengambil keputusan untuk membeli sedikit demi sedikit kelangkapan make up sendiri . Ya! kos nya agak banyak dan tidak hairan la jikalau MUA meletakkan harga ratusan ringgit ke servis yang disediakan mereka kerana kos membeli alatan pun boleh tahan mahal dik nonnn.

Pada minggu berikutnya, saya mula mempraktikkan hasil kerja saya kepada muka kawan² ofis. Meraka memang sporting, 7 orang kesemuanya. Kami mengorbankan masa lunch dengan aktiviti "make over"..kira² sehari seorang model camtu . Nak review picture boleh ke page Aina Rahman =)

Di sini saya sertakan serba ringkas tentang biodata diri saya :

~ Nama : Aina Abdul Rahman
~ Umur : 26 tahun
~ Status : Sudah berkahwin (mempunyai seorang anak)
~ Tempat tinggal : Ampang, Selangor
~ Pekerjaan : Akauntan


Itu saja pengenalan untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di alamat email "aina_rahman85@yahoo.com".

Thanks.


4 comments:

BENA said...

NANTI zra nikoh kak aina make up zra dehhhhhhhhhhh . hhehehehe ;)

erleena said...

wahhh akauntan mekap org, ajaq! :)

AiNa Rahman said...

bena :

buleh jahhh zra...tapi bilo tu? cepat² sket! hahaa

AiNa Rahman said...

erleena :

hahaa..itu la pasal. sambil mekap orang, boleh ajar akaun sekali.

Post a Comment